Pri-Hibah (Deklarasi Hibah)

Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada pemberian sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisme untuk menjamin hak benefisiari yang dipilih oleh settlor. Ianya adalah suatu pemberian.

Apa itu Pri-Hibah?

Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.

Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin

  • ​​Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
  • Hanya pemberian daripada ibu/bapa atau datuk/nenek boleh dibatalkan.
  • Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Pri-Hibah.
Hadiah Untuk Semua

Kelebihan Membuat Pri-Hibah

Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Pri-Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrumen untuk membuat pembahagian sama rata untuk anak-anak.

Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.

Setlor boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.

Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.
Scroll to Top